Wednesday 16 March 2011

IMAM SYAFIE

Imam Syafie adalah imam yang paling popular dan ramai pengikutnya mungkin kerana beliau daripada keluarga Quraisy yang nasabnya berkaitan dengan Rasulullah.

   Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthhman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Mutalibbin abdul Manaf.Ayahnya meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak.Ada pendapat lain mengatakan bahawa bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih dalam kandungan ibunya.

   Beliau dilahirkan di Kota Gaza Paliestin pada bulan Rejab 150 hijrah.adayang mengatakan pada malan Imam Syafie dilahirkan Imam Abu Hanifah(Imam Hanafi) meninggal dunia.Khalifah islam pada masa itu adalah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

  Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan.Sejak kecil lagi beliau telah mempelajari Al-Quran.Beliau mula menghafal Al-Quran semenjak umur beliau sembilan tahun.Selama 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta' yang ditulis Imam Malek.Beliau mempunyai suara ang merdu,boleh bersyair dan bersajak.Ketika berusia 15 tahun,beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram.Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa,beliau disanjung masyarakat.Beliau meninggal di Mesi tahun 204 hijrah ketika berumur 54 tahun.

  Imam Syafie menentang amalan bidaah.Katanya amalan bidaah itu terbahagi kepada dua.Pertama,bidah yang terpuji.Kedua bidahyang keji.Sesuai dengan sunnah adalah bidah yang terpuji.Mana-mana yang menyalahi sunnah adalah bidaah yang keji.

  Katanya lagi,semua perkara yang diadkan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang sesat.Perkara kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun daripada semuanya itu adalah bidaah terpuji.

  Imam Syafie juga melarang taklid,baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja.Semasa hidup.Beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaantaklid"Janganlah merek-reka dalam perkara-perkara agama mengunakan pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari AL-quran dan Hadis."


  Pesan Imam Syafie"Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahalkata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya,Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti.

No comments:

Post a Comment