Thursday 5 July 2012

KASIHNYA ALLAH KEPADAMU WAHAI WANITA.

KASIHNYA  ALLAH KEPADAMU WAHAI WANITA.
TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI,
BUKAN DARI KAKI UNTUK DI ALASI,
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DI JUNGJUNG,
TAPI DEKAT DI HATI UNTUK DIKASIHI,
DEKAT JUA DI BAHU UNTUK DILINDUNG.-----Dehearty,wan

  Kaum hawa,Perempuan atau wanita Allah telah ciptakan mereka untuk menemani kaum Adam atau lelaki,sebagai mana yang kita pernah dengar dulu2 Allah S.W.T telah mencipta kan hawa untuk menemani adam di syurga,dan dua insan yang berlainan jenis ini memerlukan antara satu sama lain untuk saling lengkap-melengkapi.

  Benarkah kaum wanita ini lemah?kasih sayang yang tiada tandigan juga di anugerahkan oleh Allah kepada kaum wanita.Di sebalik pelbagai perintah(tutup aurat,jaga pergaulan dan lain2 >.<) yang di berikan kepada wanita oleh Allah,itulah sebenarnya tanda kasih sayang Allah kepada mereka dan Allah ingin meninggikan darjat mereka,betol tak?he6,Sebagai contoh,kita telah membuat sesuatu barang elektronik,hanya kita je tahu akan kelemahan barang itu dan cara untuk membaikinya,macam tu jugak Allah,Allah lah yang telah menciptakan manusia dan Allah juga lah yang tahu kelemahan manusia dan cara untuk merawatnya,semua cara rawatan yang ada pada manusia tidak kira lah luaran atau dalaman semuanya ada pada kalamullah AL-QURAN.

  Kaum wanita lemah?betul ke?lemah dari semua suduk ke?...ha jawab jagan tak jawab.Walaupun mungkin wanita lemah dari sudut fizikal,tapi dari sudut dalaman mereka kuat,seperti kesabaran,em......boleh tak kalau saya kata wanita lebih penyabar dari lelaki?setuju tak kaum lelaki?he6....wanita lemah pada luaran tapi bab kesabaran merekalah paling kuat bersabar.em....kita boleh tengok dalam etika berpakaian.telah terbukti kaum wanita lebih penyabar dari lelaki,sebab apa?sebab dalam bab pakaian kaum wanita perlu menutup aurat dengan sempurna(pakai tudung,stokin dan kalau blh nak jadi ninja pakai purdah atau niqob...he6) tapi kalau laki tidaklah sepayah wanita,itulah antara salah satu kesabaran yang paling kuat untuk wanita,cuba kalau syariat tu di beri pada laki(tutup aurat macam perempuan)belom tentu kau adam boleh buat dan bersabar.kesabaran inilah merupakan salah satu anugerah Allah kepada kaum hawa.

   Apa lagi tanda kasih sayang Allah kepda kaum hawa ni?JAWAPANNYA IALAH :CUTI!!!cuti sekolah,cuti bersalin...he6(korang semua pahe kan terutama yang perempuan),kami kaum adam tidak pernah cuti dalam bab solat,tapi sayangnya Allah kat kaum hawa ni dia bagi cuti dalam bab solat,kaum wanita tidak perlu qada solat yang ditinggalkan ketika unzur,ada juga yang bertanya kenapa cuti solat tidak perlu di qada tapi kalau cuti puasa perlu di qada?jawapannya adalah kerana solat merupakan kefarduan yang di lakukan setiap hari manakala puasa hanya di lakukan setahun sekali je,jadi inilah tanda kasih sayang Allah(>.<).

  Abis kalau mereka cuti je tak dapat banyak pahalalah rugilah mereka?nak dapat pahala ni bukannya susah,senang je tapi kadang2 nak dapat dosa yang payah sikit perlu pegorbanan...he6,sebagai contoh nak dapat pahala pegi masjid,pakai baju hari raya tahun lepas lagi pon nak g masjid free tak kena bayo,tapi kalau nak buat dosa kena bayo macam nak tengok konsert paling2 mau kena beli baju baru beli tiket lagi..ish,macam2.bukan setakat solat,puasa dan lain2 je yang dapat pahala,bagi kau wanita bersalin,menyusukan anak,jaga anak,memasak,melayan suami juga akan dikira sebagai pahala.malah ketika  CUTI tu pun akan dapat pahala,menahan kesakitan ketika cuti pun akan dapat pahal,KESABARAN AMAT DI PERLUKAN KETIKA INI...he6.

    Bertuahnya wanita,di sebalik kelemahan dan kelembutan(kalau lembut) adakesabaran yang luar biasa yang tiada pada lelaki,kesimpulan bersyukurlah kalau jadi wanita tak yah gada2 nak jadi lelaki,salah silap saya mohon maaf yeah kalau tersalah tulis ke,maklumlah BM lemah..he6.

 Nak ucapkan selamat menyambut bulan RAmadhan nanti kat sahabat2 semua,sayang kamu semua kerana Allah.sekian terima kasih.

Tuesday 1 May 2012

UBAT HATI

UBAT HATI-ADA 5
1.BACA AL-QURAN DAN MAKNANYA.
2.BERZIKIR BERPANJAGAN.
3.SOLAT SUNAT KETIKA MALAM.
4.PERBANYAKKAN PUASA.
5.SENTIASA MENDEKATI ORANG SOLEH.